Sistem Informasi dan Aplikasi Pelaburan Pertanian (SIAPP) dibangunkan bagi menguruskan permohonan insentif percukaian sektor agro-makanan oleh individu dan syarikat yang layak. Capaian untuk sistem SIAPP secara dalam talian mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2010 untuk kemudahan pemohon menghantar permohonan secara efisien dan pantas . Sistem ini diuruskan oleh Bahagian Pelaburan (PE) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pertanian & Industri Makanan.